6 Disember 2019 - 17:04
Peguam Peribadi Netanyahu Bakal Didakwa

Pejabat pendakwaraya rejim Zionis Israel mengumumkan bahawa mereka berhasrat untuk memfailkan dakwaan ke atas peguam peribadi Perdana Menteri Benjamin Netanyahu atas dakwaan penggubahan wang haram.

Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pejabat pendakwaraya rejim Zionis Israel mengumumkan bahawa mereka berhasrat untuk memfailkan dakwaan ke atas peguam peribadi Perdana Menteri Benjamin Netanyahu atas dakwaan penggubahan wang haram.

Peguam Negara, Avichai Mandelblit pada hari Khamis berkata bahawa dia akan memulakan pendakwaan ke atas David Shimron berhubung tuduhan rasuah dalam kes yang dikenalli sebagai "skandal kapal selam". Skandal itu melibatkan pemerolehan kapal selam rekaan firma Jerman, Thyssenkrupp yang bernilai dua bilion Euro.

Mandelbit juga berkata bahawa perutuduhan juga akan dibuat ke atas Michael Ganor yang mewakili Thyssenkrupp di Israel serta ketua tentera laut Israel, Eliezer Marom. -ABNA24